Kredite-Tunai RM100 : Syarat Kelayakan & Cara Memohon

PELUANG KERJAYA
0

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini adalah selaras pengumuman Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pengumuman berhubung pengagihan kredit akan dibuat dalam masa terdekat.


“Dianggarkan kira-kira 10 juta rakyat negara ini yang layak mendapat kredit e-wallet ini dan ia adalah berita baik untuk majoriti rakyat negara ini dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion,” katanya selepas menghadiri majlis tandatangan kerjasama di antara pengendali aplikasi Lulus, CTOS dan CelcomDigi di hotel DoubleTree by Hilton di I-City, di sini, hari ini.


Terdahulu, Anwar mengumumkan pemberian kredit e-wallet berkenaan pada majlis peluncuran Ekonomi Madani Memperkasakan Rakyat setelah melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat. - KOSMO!ONLINE 


Inisiatif kredit e-Tunai ni dijangka dapat membantu lebih dari 10 juta rakyat yang berusia 21 tahun ke atas, termasuk golongan B40 dan M40.


Keputusan untuk memberikan kredit e-tunai kepada golongan dewasa ini diumumkan setelah melihat kejayaan dan impak yang positif daripada program e-tunai sebelum ini ke atas masyarakat.


Syarat Menjadi Penerima


  • Rakyat Malaysia

  • Berumur 21 tahun ke atas

  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun.


Berikut adalah beberapa butir penting berkenaan inisiatif kredit e-tunai RM100:


  • Nama Program: Kredit E-Tunai RM100

  • Objektif: Memberikan bantuan kewangan kepada rakyat dewasa dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000

  • Peserta yang Layak: Semua rakyat dewasa Malaysia yang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun

  • Jumlah Penerima Manfaat: Dijangka lebih dari 10 juta rakyat dari golongan B40 dan M40

  • Peruntukan Dana: Sekitar RM1 bilion


Permohonan e-Tunai RM100


Setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai pemberian RM100 e-Tunai ini, adakah permohonan perlu dibuat ataupun kerajaan akan menggunakan data daripada kementerian lain seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri. Maklumat lanjut akan kami kemasikini di sini.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !